Khamis, 2 Oktober 2014

Subjek kajian dan sumber idea

Balai Nobat negeri Kedah terletak berhampiran dengan Mahkamah Tinggi dan Wisma Negeri Kedah iaitu ditengah-tengah Bandaraya Alor Setar. Bangunan ini dibina pada tahun 1907 bagi menggantikan Balai Nobat lama yang diperbuat daripada kayu dan berbumbung zink di era pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid. Alat permainan Nobat ada disimpan di balai ini. Megikut sejarah, alat-alat ini dihadiahkan oleh Sultan Mahmud, Sultan Melaka kepada Sultan Kedah. Pada masa itu, Kedah di bawah naungan Sultan Melaka yang memerintah seluruh negeri di semenanjung Tanah Melayu. Nobat dimainkan di dalam Balai ini kerana permainan Nobat ini bukan untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum. Pada masa sekarang, Balai ini digunakan sebagai tempat untuk menyimpan alat-alat permainan Nobat dan juga sebagai satu mercu tanda Bandaraya Alor Setar sebagai sebuah Bandar Diraja.



Muzium Padi ialah sebuah muzium yang terletak di kawasan Gunung Keriang, iaitu dalam daerah Kota Setar. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman dan penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai “Jelapang Padi Malaysia” dan turut juga menjalankan penyelidikan keatas tanaman padi. Segala peralatan tradisi penanaman dan penuaian padi dipamerkan disini sebagai tatapan umum. Selain itu,kegiatan kebudayaan seperti permainan tradisi masyarakat kampong, membuat dan bermain layang-layang, permainan gasing dan lain-lain juga ditunjukkan atau dipamerkan kepada para pelawat. Muzium padi ini terletak di bawah kelolaan Perbadanan Muzium Negeri Kedah, dan dibangunkan sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong. Muzium ini terbahagi kepada dua tingkat iaitu ruang pameran dan satu tingkat di bahagian atas ialah tempat lakaran pemandangan dari puncak gunung keriang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan