Khamis, 2 Oktober 2014

Seni arca : Antara tokoh-tokoh arca dunia dan Malaysia

Bayu Utomo Radjikin



Bayu Utomo Radjikin dilahirkan pada 20 Mac 1969 di Tawau, Sabah. Beliau telah telah mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor dalam bidang seni halus. Antara pencapaian beliau ialah pernah menerima Anugerah Utama ‘91 Kontemporari Young, Anugerah Khas One World- No War, dan Anugerah Kecil Salon Malaysia ‘91/’92.




                    Bayu Utomo, 
   ‘Bujang Berani’, 1991,
                     bahan:besi



Lang Kacang
1991 (Malaysia)
Bayu Utomo Radjikin






Mad Anuar Ismail

Mad Anuar Ismail adalah seorang artis terkemuka Malaysia yang dilahirkan di Dungun, Pantai Timur Malaysia. Beliau merupakan seorang  artis sepenuh masa dan mempunyai  studio sendiri. Sekarang beliau tinggal di Kuala Lumpur bersama keluarganya.Beliau merupakan seorang lulusan Ijazah dalam Seni Halus. Kebanyakan karya-karya beliau ditangkap atau dirakam dari kehidupan nelayan di kampung nelayan di Terengganu. Kehidupan dan perjuangan untuk hidup melalui kesusahan dalam mendayung dan belayar bot mereka di   Laut China Selatan.


Mad Anuar Ismail
Pemain Rebat No.1, 1991
Ukiran kayu berukuran 400 x 240 x 100cm


MAD ANUAR ISMAIL
Head and Torso
66cm x 104cm x 120cm
Welded steel
2005


MAD ANUAR ISMAIL
Pahlawan
116cm x 133cm x 51cm
Welded Steel
2005


Mad Anuar Ismail
 Siri Meditasi
No. 1 Pucuk Paku & No. 2 Bawang Sebokor
2003





Han Sai Por

Han Sai Por dilahirkan pada tanggal 19 Julai 1943 di Singapura. Merupakan seorang pegarca terkenal Singapura. Beliau mendapat pendidikan di Wolverhampton  University, United Kingdomdalam bidang seni halus. Antara anugerah yang pernah diterima oleh Hai Sai Por ialah Pingat Budaya Seni pada tahun 1995. Beliau digelar sebagai “perempuan pengukir Asia Tenggara”



Han Sai Por
“Bijih benih”
Tahun 2006



Raja Shahriman

Nama penuh beliau ialah Raja Shahriman bin Raja Aziddin. Raja Shahriman telah dilahirkan pada 17 november 1967 di Kuala Kangsar, Perak. Anak kelahiran negeri perak ini telah menerima pendidikan di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Diploma in Art & Design (Fine Art), (Majoring in sculpture).


Gerak tempur
1996
82cm x 51cm x 51cm dan 61.5cm x 56.8cm x 50cm
Raja Shariman Raja Aziddin




The Killing Tools
1994
Raja Shariman Raja Aziddin


Semangat Besi
2000
Raja Shariman Raja Aziddin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan