Ahad, 21 Disember 2014

KARYA AKHIR (PROJEK 2)





LIMA RIAKSI MUKA PERAKMAN (PROJEK 2)






ALAT DAN BAHAN (PROJEK 2)



ALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES PENGHASILAN ARCA









PROSES PENGHASILAN (PROJEK 2)


1. Proses membentuk tanah liat untuk menjadikannya sebagai wajah PerakMan.





2. Proses membuat pembentuk atau bekas untuk menghasilkan blok plater of paris.





3.Proses  meletakkan plaster of paris kedalam bekas yang yang telah siap. Terlebih dahulu perlu memasukkan tanah liat yang telah siap dibentuk muka PerakMan kedalam bekas berkenaan.










4. Proses Menbuang tanah dari blok plaster of paris


5. Proses membakar sisa tanah yang tertinggal dalam blok plaster of paris. Dalam proses ini tanah yang tertinggal dalam plaster of paris akan menjadi debu.




6. Proses menyermbur angin kedalam blok plaster of paris. proses ini bagi memastikan tiada sisa debu atau tanah yang tertinggal didalamnya.



7. Proses meleburkan timah dengan membakarnya.


8. Proses memasukkan timah yang cair kedalam ruang kosong didalam blok plaster of paris.





9. Proses memecahkan blok plaster of paris untuk megambil bentuk timah yang terhasil.



10. Arca muka PerakMan yang  terhasil setelah dibuang dari blok plaster of paris.


PERAKMAN (PROJEK 2)

Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia. Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati Perak Man adalah rangka manusia yang telah berusia diantara 10 000 hingga 11 000 tahun.

Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu, memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk menjalani kehidupannya. 




Perak Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak Man adalah rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.

MINIATURE SCULPTURE (PROJEK2)



Miniature sculpture ialah satu arca yang bersaiz kecil. Ini merujuk kepada maksud perkataan “miniature itu sendiri yang membawa maksud kecil yang mana boleh merujuk kepada pembiakan berskala kecil, atau variasi kecil. Arca sebegini selalunya dijadikan sebagai hiasan dan diletakkan ditempat-tempat tertentu seperti di atas meja, dalam almari kaca, dan sebagainya.


CONTOH MINIATURE SCULPTURE