Seni Arca UPSI
KESENIAN ADALAH NALURI SEMULAJADI SETIAP INDIVIDU
Ahad, 21 Disember 2014
PROSES PENGHASILAN (PROJEK 2)
1. Proses membentuk tanah liat untuk menjadikannya sebagai wajah PerakMan.
2. Proses membuat pembentuk atau bekas untuk menghasilkan blok plater of paris.
3.Proses meletakkan plaster of paris kedalam bekas yang yang telah siap. Terlebih dahulu perlu memasukkan tanah liat yang telah siap dibentuk muka PerakMan kedalam bekas berkenaan.
4. Proses Menbuang tanah dari blok plaster of paris
5. Proses membakar sisa tanah yang tertinggal dalam blok plaster of paris. Dalam proses ini tanah yang tertinggal dalam plaster of paris akan menjadi debu.
6. Proses menyermbur angin kedalam blok plaster of paris. proses ini bagi memastikan tiada sisa debu atau tanah yang tertinggal didalamnya.
7. Proses meleburkan timah dengan membakarnya.
8. Proses memasukkan timah yang cair kedalam ruang kosong didalam blok plaster of paris.
9. Proses memecahkan blok plaster of paris untuk megambil bentuk timah yang terhasil.
10. Arca muka PerakMan yang terhasil setelah dibuang dari blok plaster of paris.
PERAKMAN (PROJEK 2)
Manusia
Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di
Malaysia. Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah,
Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yang
dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains
Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Hasil dari kajian dan
penyelidikan yang dijalankan mendapati Perak Man adalah rangka manusia yang
telah berusia diantara 10 000 hingga 11 000 tahun.
Perak
Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid.
Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok manusia prasejarah lebih kurang
10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti
utama Perak Man ialah memburu, memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi
daripada hutan dan sungai untuk menjalani kehidupannya.
Perak
Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45 tahun. Ia telah
dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan posisi foetal,
iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga dikebumikan bersama dengan
beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu siput sungai.
Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak Man adalah rangka tulang
manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang
prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali sebagai
Brchymesophalangia.
MINIATURE SCULPTURE (PROJEK2)
Miniature sculpture
ialah satu arca yang bersaiz kecil. Ini merujuk kepada maksud perkataan “miniature
itu sendiri yang membawa maksud kecil yang mana boleh merujuk kepada
pembiakan berskala kecil, atau variasi kecil. Arca sebegini selalunya dijadikan
sebagai hiasan dan diletakkan ditempat-tempat tertentu seperti di atas meja,
dalam almari kaca, dan sebagainya.
CONTOH MINIATURE SCULPTURE
Langgan:
Catatan (Atom)